Wednesday, October 31, 2012

Sains Pemikiran Etika



Pemikiran Sebagai Asas Etika dan Nilai-Nilai Moral

Apa itu Etika ?

Etika merupakan set peraturan terhadap falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupan.


Konsep dan  Pembahagian Etika

*  Etika merupakan sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan diterima untuk mengawal tingkahlaku manusia.
*  Kajian tentang apa yang betul dan apa yang salah
*  Berasal daripada perkataan Greek, ethos bermaksud character atau perangai.
*  Perkataan Latin, mores bermaksud moral.
*  Etika juga merupakan falsafah moral iaitu satu cabang ilmu falsafah yang membincangkan tentang tingkah laku yang baik dan tingkah laku yang buruk. 

 

 Etika terbahagi kepada tiga :-


i)                  Etika Meta (meta ethics)

  • di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar”. 
  • melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan,kebenaran sejagat dan peranan akal.
  • metafizikal psikologi dan linguistik merupakan konsep-konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


ii)                  Etika Normatif (normative ethics)

  •  membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan mencadang satu sistem yang standard untuk semua.
  •  rasional dan penaakulan akal.
  • keupayaannya membentuk etika yang standard untuk semua kerana rasional dan akal manusia itu berbeza-beza antara satu sama lain.


iii)                Etika Gunaan (applied ethics)

  • Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks.
  • Ia dapat berusaha menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat. 
  • cuba mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan menggunakan pelbagai teori dan konsep termasuklah daripada etika meta dan etika

 

Aliran- Aliran Etika

Etika telah membentuk pelbagai aliran dan doktrin. Antara aliran etika tersebut ialah Utilitarianisme, Hedonisme dan Eksistensialisme.


Utilitarianisme 

  •  Utilitarianisme berasal daripada perkataan utiliti yang bermaksud ‘guna’, ‘berguna’ atau ‘kegunaan’.
  • Doktrin moral ini menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin orang lain. 
  • Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).

Hedonisme

  • Berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum.

  • Hedonisme  ialah doktrin yang menyatakan bahawa ‘behaviour is motivated but the desire for pleasure and the avoidance of pain’.

Eksistensialisme

  •   berpaksikan kebebasan iaitu individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya. Eksistensialisme menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat berdasarkan sumber asal.

  • Jean Paul Satre pelopor utama doktrin eksistensialisme

  • 3 bentuk kebebasan bagi golongan ini iaitu  jasmani,  kebebasan kehendak dan   kebebasan moral.

  

Akhlak

  • Sifat terpuji iaitu perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf

  • Tasawuf ialah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap muslim.
  •  Akhlak Islam juga berasal daripada  Al Quran dan Sunnah.

Pendidikan Akhlak

  •   Pendidikan akhlak juga dikenali sebagai tahdib al-akhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk yang wujud dalam diri seseorang. 
  • Akhlak yang baik merupakan sifat terpuji hamba dan memartabatkan nilai diri yang tinggi.

Cara Membentuk Akhlak Mulia

  • Ianya dapat dibentuk melalui latihan secara bersungguh-sungguh.
  •  Disiplin dan garis panduan secara khusus perlu diikuti dengan penuh minat. 
  • Memberi fokus kepada adab-adab tertentu seperti adab bangun pagi, mandi dan sebagainya.

Faedah Akhlak Mulia

  • Faedah akhlak mulia sangat besar di sisi Allah S.W.T.
  • Memperoleh keredhaan dan meningkatkan martabat di sisi Allah S.W.T.
  •  Dapat menyampaikan cita-cita dan hajat seseorang.

 Bahaya Akhlak Buruk

  • Meninggakan impak yang tidak baik iaitu menyempitkan rezeki.
  • Mengundang bahaya kepada kehidupan dunia seperti gelisah dan bimbang.
  • Tidak memberi ketenangan kepada pemiliknya dan memberi keburukan kepada diri dan orang lain.

Matlamat Akhlak

  • Membentuk manusia yang sempurna perbuatan di semua tempat. Akhlak menjadikan seseorang bahagia dan terpuji. 
  • Meletakkan seseorang itu pada tempat yang tinggi di sisi Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment