L@UtAn BiRu
Wednesday, May 20, 2015
Wednesday, January 22, 2014
REALLY !!!!!!!
Siapa sangka hajat untuk berada di luar NEGARA sebelum
menamatkan pengajian akan menjadi kenyataan.
Satu panggilan diterima pada hari
hari lahir merupakan satu hadiah yang paling bermakna. Syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya…Impian
yang dibina bakal tercapai. Menjalani praktikal di Bandung selama sebulan. Peluang yang diperoleh tidak dilepaskan
begitu sahaja. Pada tarikh 3 Jun 2013,
atas restu mak n abah, tawaran tersebut diterima dengan hati yang riang gembira…
Impian jadi kenyataan
Belajar di universiti, memperoleh segulung
ijazah, memperoleh dekan untuk setiap semester dan menjalani praktikal di luar negara
merupakan satu impian yang dibina semasa kaki pertama melangkah ke universiti lagi.
Impian yang dibina tidak akan mampu dicapai kalau ianya seperti angan-angan Mat
Jenin sahaja. Impian yang dibina
hendaklah beriringan doa, usaha dan takawal.
Tanpa berkat doa daripada kedua-dua ibubapa pasti ianya tidak akan
tercapai.
Sedar tak sedar
tiga tahun sudah berlalu, maka segulung ijazah bakal digenggam tidak lama lagi. Tambah lagi, status dekan enam sem berturut-turut
sudah tergenggam erat dalam tangan.
Jadi, ke
mana arah tuju yang akan dipilih selepas ini…
Menyambung
pelajaran Master, PHD?? Bekerja ??
Friday, May 10, 2013
Monday, April 1, 2013
Fall in Love with Plum...
Adakah anda pernah menikmati buah plum...Tak kenal maka tak cinta,..
Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.
Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
Plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya. Plum sedap dimakan segar dan setelah dikeringkan. Buah plum yang telah dikeringkan dikenali sebagai buah prun.
Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.
Buah plum berbentuk bulat. Kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu atau kuning. Plum dikelaskan ke dalam enam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar dan Eropah/taman. Walaupun kebiasaannya buah plum berbentuk bulat namun ia juga boleh berbentuk bujur.
Pokok plum ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova, Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah plum di Eropah. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah plum di Asia.
Buah plum memiliki khasiat dan baik untuk dimakan. Buahnya kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.
Pengambilan buah plum juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekali gus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.
Penglihatan Yang Tajam
Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.
Penyelidik mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.
Buah plum memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya dengan vitamin C, juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.
Buahnya juga kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B-6, dan asid pantothenic. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.
Mengawal Fungsi Sistem Penghadaman
Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
Buah plum juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah plum, namun begitu pengambilan untuk tujuan kesihatan dan perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Sumber: Mingguan Wanita
Wednesday, October 31, 2012
Sains Pemikiran Etika
Pemikiran Sebagai Asas Etika dan Nilai-Nilai Moral
Apa itu Etika ?
Etika merupakan set peraturan terhadap falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupan.
Konsep
dan Pembahagian Etika





Etika terbahagi kepada tiga :-
i) Etika Meta (meta ethics)
- “di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar”.
- melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan,kebenaran sejagat dan peranan akal.
metafizikal psikologi dan linguistik merupakan konsep-konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
ii)
Etika Normatif (normative ethics)
-
membuat kritikan dan melakukan
penilaian ke atas etika moral yang ada dan mencadang satu sistem yang standard untuk semua.
-
rasional dan penaakulan akal.
-
keupayaannya membentuk etika yang standard untuk semua kerana rasional dan akal manusia itu berbeza-beza antara satu sama lain.
iii) Etika Gunaan (applied ethics)
-
Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi
pelbagai bidang seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial
dan seks.
-
Ia dapat berusaha menggubal etika yang dapat memberikan
panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat.
-
cuba mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan
menggunakan pelbagai teori dan konsep termasuklah daripada etika meta dan etika
Aliran- Aliran Etika
Etika telah membentuk pelbagai
aliran dan doktrin. Antara aliran etika tersebut ialah Utilitarianisme,
Hedonisme dan Eksistensialisme.
Utilitarianisme
-
Utilitarianisme berasal daripada
perkataan utiliti yang bermaksud ‘guna’, ‘berguna’ atau ‘kegunaan’.
-
Doktrin moral ini menegaskan bahawa
manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin
orang lain.
-
Diasaskan oleh Jeremy Bentham
(1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).
Hedonisme
Berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum.
Hedonisme ialah doktrin yang menyatakan bahawa ‘behaviour is motivated but the desire for pleasure and the avoidance of pain’.
Eksistensialisme
berpaksikan kebebasan iaitu individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya. Eksistensialisme menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat berdasarkan sumber asal.
Jean Paul Satre pelopor utama doktrin eksistensialisme
-
3 bentuk kebebasan bagi golongan ini iaitu jasmani, kebebasan
kehendak dan kebebasan moral.
Akhlak
-
Sifat terpuji iaitu perangai yang menyenangkan, lemah lembut
dalam pergaulan berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan.
Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf
-
Tasawuf ialah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap
muslim.
-
Akhlak Islam juga berasal daripada Al Quran dan Sunnah.
Pendidikan Akhlak
-
Pendidikan akhlak juga dikenali sebagai tahdib al-akhlaq
iaitu menghapuskan akhlak buruk yang wujud dalam diri seseorang.
-
Akhlak yang baik merupakan sifat terpuji hamba dan
memartabatkan nilai diri yang tinggi.
Cara Membentuk Akhlak Mulia
-
Ianya dapat dibentuk melalui latihan secara bersungguh-sungguh.
-
Disiplin dan garis panduan secara khusus perlu diikuti
dengan penuh minat.
-
Memberi fokus kepada adab-adab tertentu seperti adab bangun
pagi, mandi dan sebagainya.
Faedah Akhlak Mulia
-
Faedah akhlak mulia sangat besar di sisi Allah S.W.T.
-
Memperoleh keredhaan dan meningkatkan martabat di sisi Allah
S.W.T.
-
Dapat menyampaikan cita-cita dan hajat seseorang.
Bahaya Akhlak Buruk
-
Meninggakan impak yang tidak baik iaitu menyempitkan rezeki.
-
Mengundang bahaya kepada kehidupan dunia seperti gelisah dan
bimbang.
-
Tidak memberi ketenangan kepada pemiliknya dan memberi
keburukan kepada diri dan orang lain.
Matlamat Akhlak
- Membentuk manusia yang sempurna perbuatan di semua tempat. Akhlak menjadikan seseorang bahagia dan terpuji.
- Meletakkan seseorang itu pada tempat yang tinggi di sisi Allah S.W.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)