Kalendar Takwim Islam 2014
Wednesday, January 22, 2014
REALLY !!!!!!!
Siapa sangka hajat untuk berada di luar NEGARA sebelum
menamatkan pengajian akan menjadi kenyataan.
Satu panggilan diterima pada hari
hari lahir merupakan satu hadiah yang paling bermakna. Syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya…Impian
yang dibina bakal tercapai. Menjalani praktikal di Bandung selama sebulan. Peluang yang diperoleh tidak dilepaskan
begitu sahaja. Pada tarikh 3 Jun 2013,
atas restu mak n abah, tawaran tersebut diterima dengan hati yang riang gembira…
Impian jadi kenyataan
Belajar di universiti, memperoleh segulung
ijazah, memperoleh dekan untuk setiap semester dan menjalani praktikal di luar negara
merupakan satu impian yang dibina semasa kaki pertama melangkah ke universiti lagi.
Impian yang dibina tidak akan mampu dicapai kalau ianya seperti angan-angan Mat
Jenin sahaja. Impian yang dibina
hendaklah beriringan doa, usaha dan takawal.
Tanpa berkat doa daripada kedua-dua ibubapa pasti ianya tidak akan
tercapai.
Sedar tak sedar
tiga tahun sudah berlalu, maka segulung ijazah bakal digenggam tidak lama lagi. Tambah lagi, status dekan enam sem berturut-turut
sudah tergenggam erat dalam tangan.
Jadi, ke
mana arah tuju yang akan dipilih selepas ini…
Menyambung
pelajaran Master, PHD?? Bekerja ??
Subscribe to:
Posts (Atom)